Wednesday, March 25, 2015

HARMONI

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu Pelan yang terbaik telah disediakan oleh pihak Etiqa Takaful. Nama pelan ini ialah Pelan Harmoni.

Setiap individu mempunyai impian - kereta mewah, rumah besar mahupun kehidupan yang selesa selepas bersara. Sebagai individu yang bijak, anda tahu kepentingan menyimpan untuk masa hadapan yang lebih baik. Namun, ada kalanya sesuatu yang tidak diduga berlaku dan simpanan anda perlu digunakan semasa kecemasan.

Mengikut statistik, 19 orang* dimasukkan ke hospital setiap jam; dianggarkan 1,035 orang meninggal dunia akibat kemalangan setiap tahun dan ramai yang tiada simpanan untuk kegunaan waris ataupun ahli keluarga. Berusahalah untuk masa hadapan yang lebih cerah kerana hidup ini penuh dengan ketidakpastian.

sumber: *World Health Organization 2004; Disease and Injury Country Estimates

Dengan Pelan Harmoni, ianya membantu anda memenuhi impian anda dan memberi perlindungan serta tabungan dengan hanya menyumbang RM70.00 sebulan. Anda juga boleh mengeluarkan sebahagian daripada wang anda dari Dana Pelaburan Peserta sekiranya perlu. Harmoni memberi ketenangan minda serta kelonggaran dalam pengurusan kewangan anda di samping Perlindungan Takaful.


Pada saat-saat yang tidak diduga, keluarga anda akan menerima kesemua Jumlah Dilindungi bagi meringankan beban kewangan mereka.

Nota : Pelan Harmoni juga boleh digabungkan dengan Ultra Medic Rider (Medical card).