Sunday, October 13, 2013

Takaful: Sistem perlindungan Islam berteraskan syariah

Pada tahun 2006, Kerajaan Malaysia telah melancarkan "Malaysia sebagai Pusat (HAb) Kewangan Islam Antarabangsa" yang menunjukkan kesungguhan kerajaan terhadap pembangunan sistem kewangan Islam serantau dan antarabangsa.
Fokus ini sudah pasti memerlukan usaha berterusan dalam memastikan matlamat tersebut tercapai.
Di antaranya ialah dengan memberi kefahaman tentang peranan sistem kewangan Islam sebagai alternatif kepada sistem kewangan konvensional sedia ada dan mendidik masyarakat tentang perlunya melibatkan diri dengan sistem kewangan Islam.
Sesungguhnya perkembangan industri takaful di Malaysia, telah menyaksikan kemajuan yang begitu signifikan. Pertumbuhannya amat membanggakan kerana sokongan dan pendekatan secara holistik dan pragmatik yang telah diambil sama ada oleh pihak berkuasa mahupun oleh para pemain industri.
Takaful ialah satu kaedah menguruskan risiko yang efektif dan dapat memenuhi keperluan ummah masa kini. Tambahan pula ia menepati prinsip-prinsip Islam yang seterusnya mampu memberikan keuntungan duniawi dan ukhrawi.
Islam sangat mengiktiraf inovasi hebat yang dapat mendatangkan manfaat yang besar seperti ini lebih-lebih lagi apabila hakikat kehidupan kini terdedah kepada pelbagai bentuk kemungkinan risiko terutamanya yang berbentuk musibah dan malapetaka.
Secara konsepnya, sistem takaful merujuk kepada satu kelompok individu yang telah bersetuju dan bersepakat sesama mereka untuk menyumbang (tabarru') sejumlah wang tertentu kepada satu tabung yang akan digunakan untuk membantu mana-mana individu dalam kelompok tersebut yang ditimpa musibah.
Persepakatan tersebut berasaskan kepada semangat tolong menolong dan bantu-membantu antara satu sama lain.
Untuk memastikan tabung berkenaan diurustadbir secara profesional, kelompok berkenaan (dikenali sebagai peserta dalam sistem takaful) melantik pihak ketiga untuk menguruskan tabung berkenaan bagi pihak mereka.
Dalam konteks sistem takaful, pihak ketiga yang dilantik itu merupakan pengendali takaful yang akan menguruskan tabung berkenaan bagi pihak mereka. Pihak peserta melantik pengendali takaful berdasarkan asas Wakalah yang mana pengendali takaful dibayar upah untuk menguruskan hal ehwal tabung berkenaan.
Aktiviti perniagaan takaful adalah perniagaan yang dijalankan selaras dengan prinsip-prinsip syariah. Ini kerana pihak bertanggungjawab kepada industri takaful di Malaysia seperti Bank Negara Malaysia (BNM) telah mewujudkan kerangka pematuhan dan pengawalseliaan syariah yang mantap dan efisien.
Akta Takaful 1984 telah memperuntukkan beberapa peruntukan yang mewajibkan pengendali takaful supaya memastikan semua aktiviti yang dijalankan sentiasa mematuhi syariah di samping pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak BNM.
Setiap pengendali takaful wajib mewujudkan jawatankuasa syariah untuk memastikan perjalanan perniagaan mereka sentiasa mematuhi peraturan syariah.
Di samping itu , pengendali takaful perlu menyediakan sekurang-kurangnya pegawai syariah sepenuh masa untuk memastikan aspek-aspek pematuhan Syariah sentiasa diberikan keutamaan.
Sistem takaful juga dilandasi dengan nilai dan konsep yang sangat unggul khususnya nilai-nilai disebalik aplikasi aqad Tabarru.
Menerusi kaedah ini, ia telah melenyapkan unsur-unsur Gharar, Riba dan Maisir yang menyebabkan insurans konvensional bercanggah dengan Syariah Islam. Antara nilai-nilai unggul yang terangkum dalam kontrak tabarru' ini ialah:
1. Saling bertanggungjawab
Peserta-peserta Takaful bersetuju untuk saling bertanggungjawab antara satu sama lain. Memikul tanggungjawab dengan niat baik adalah merupakan satu ibadah dan hal ini dituntut dalam Islam.
2. Saling bekerjasama dan bantu membantu
Peserta-peserta rancangan takaful bersetuju untuk bekerjasama dan bantu membantu antara satu sama lain dalam menguruskan perlindungan dengan baik.
3. Saling lindung-melindungi dari sebarang kesusahan dan musibah
Melalui konsep ini, peserta-peserta takaful mengambil sikap untuk saling jamin-menjamin di antara satu sama lain, di mana sebahagian daripada wang caruman mereka yang dikenal sebagai wang Tabarru' (derma) akan diperuntukkan untuk membantu mana-mana peserta yang ditimpa musibah dan pengendali takaful bertugas untuk mengendalikan wang caruman tersebut dengan penuh amanah.
Inilah di antara kekuatan yang terdapat pada sistem takaful yang berperanan menyelamatkan umat Islam daripada terus menerus dibelenggu oleh sistem yang tidak Islamik.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20120804/ek_02/Takaful-Sistem-perlindungan-Islam-berteraskan-syariah#ixzz2haky7foa
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Senarai Terkini Panel Pusat Perubatan Etiqa Takaful Berhad

Monday, August 26, 2013

SENARAI PANEL HOSPITAL ETIQA TAKAFUL

SENARAI PANEL HOSPITAL ETIQA TAKAFUL



HOSPITALS
ADDRESSES

FEDERAL TERRITORY

AL-ISLAM SPECIALIST HOSPITAL


No 85, Jalan Raja Abdullah,Kg Baru
50300, Kuala Lumpur
Tel:03-26913008
Fax:03-26986711


SENTOSA MEDICAL CENTRE


No 36, Jalan Chemur,Kompleks Damai,
50400 Kuala Lumpur
Tel:03-40437166
Fax:03-40437761


HOSPITAL PUSRAWI SDN BHD


Lot 149, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Tel:03-26875000
Fax:03-26875001


INSTITUT JANTUNG NEGARA SDN BHD


No 145, Jalan Tun Razak,
50400, Kuala Lumpur
Tel:03-26178200
Fax:03-26928395


GLENEAGLES INTAN MEDICAL CENTRE


No 285 & 286, Jalan Ampang,
50450, Kuala Lumpur
Tel:03-42571300
Fax:03-42579233


KUALA LUMPUR SPORTS MEDICINE CENTRE

7th Floor, Wisma Perintis,
Damansara Heights,
50490, Kuala Lumpur
Tel:03-20961033
Fax:03-20961500



DAMAI SPECIALIST HOSPITAL (HQ)


115-119, Jalan Ipoh,
51200, Kuala Lumpur
Tel:03-40434900
Fax:03-40435399


LOURDES MEDICAL CENTRE

244, Jalan Ipoh,
51200, Kuala Lumpur
Tel:03-40425335
Fax:03-40420478

IJM SPECIALIST CENTRE


Tingkat 10, Menara Timur
Univesity Malaya Medical Centre
59100, Kuala Lumpur
Tel:03-78414041
Fax:03-79548619


PANTAI MEDICAL CENTRE SDN BHD


No 8, Jalan Bukit Pantai,
59100, Kuala Lumpur
Tel:03-22960888
Fax:03-22821557


SELANGOR

PUSAT PAKAR TAWAKAL
(TAWAKAL HOSPITAL)


202A, Jalan Pahang
53000, Kuala Lumpur
Tel:03-40233599
Fax:03-40228063


DAMAI SERVICE HOSPITAL
(MELAWATI)


Wisma Damai, Lot 9132 & 9133
Jalan Bandar 4, Taman Melawati,
53100, Kuala Lumpur
Tel:03-41089900
Fax:03-41089388


HOSPITAL PANTAI INDAH


Jalan Perubatan 1,
Pandan Indah,
55100, Kuala Lumpur
Tel:03-42892828
Fax:03-42892829


TUNG SHIN HOSPITAL


No 102, Jalan Pudu,
55100, Kuala Lumpur
Tel:03-20721655
Fax:03-20700345

CHINESE MATERNITY HOSPITAL


106,Jalan Pudu
55100, Kuala Lumpur
Tel:03-20782055
Fax:03-20725250

UKM KESIHATAN SDN BHD
(UKM SPECIALIST CENTRE)


Tingkat 7, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia,
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak,
56000 Cheras, Kuala Lumpur
Tel:03-91455555
Fax:03-91712837

PANTAI CHERAS MEDICAL CENTRE


1, Jalan 1/96A,
Taman Cheras Makmur
56100, Kuala Lumpur
Tel:03-91322022
Fax:03-91320687


TAMAN DESA MEDICAL CENTRE


45, Jalan Desa,
Taman Desa, Jalan Klang Lama
58100, Kuala Lumpur
Tel:03-79826500
Fax:03-79820705


SUBANG JAYA MEDICAL CENTRE


1, Jalan SS12/1A
47500, Subang Jaya, Selangor
Tel:03-56341212
Fax:03-56306075


SRI KOTA MEDICAL CENTRE

Jalan Mohat,
41000 Klang, Selangor
Tel:03-33733636
Fax:03-33763888

KPJ KAJANG SPECIALIST HOSPITAL


Batu 14, Jalan Cheras,
43000 Klang, Selangor
Tel:03-87692999
Fax:03-87692806

SUNWAY MEDICAL CENTRE


No 5, Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway,
46150, Petaling Jaya, Selangor
Tel:03-74519191
Fax:03-74910242



AMPANG PUTERI SPECIALIST HOSPITAL


No 1, Jalan Mamanda 9, Taman Dato' Ahmad Razali,
58000, Ampang,Selangor
Tel:03-42702500
Fax:03-42702443

DAMANSARA SPECIALIST HOSPITAL



Sunday, August 25, 2013

The Most Motivating Video for Success



Sila tonton dan hadamkan!!

Pelan Mabrur Haji dan Umrah

Pada Jun yang lalu, Etiqa Takaful telah melancarkan satu pelan terbaru iaitu Pelan MABRUR HAJI/UMRAH. Buat julung kalinya ia adalah gabungan di antara TABUNG HAJI & ETIQA TAKAFUL. Peluang ini disediakan untuk kaum muslimin/muslimat yang sudah lama menyimpan hasrat untuk menunaikan Rukun Islam kelima.

Ia merupakan langkah pertama untuk melengkapkan Rukun Islam terakhir iaitu Menunaikan Haji.
Mabrur ialah pelan Takaful simpanan dan perlindungan komprehensif yang melengkapkan persediaan anda untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah.

Etiqa merupakan ONE STOP CENTRE untuk anda bersedia ke tanah suci dengan lebih teratur dan bersistematik.Pihak Etiqa memberi KEMUDAHAN untuk anda mendaftar haji secara terus lebih-lebih lagi di USIA MUDA!!


antara manfaat yang disediakan:



  • Pendaftaran HAJI awal tahun ke 4 sijil
  • Elaun penjagaan anak RM1,000 semasa menunaikan haji
  • Elaun Haji RM1,000 dan Elaun Umrah RM1,000 bagi membiayai barangan keperluan
  • Perlindungan berganda manfaat asas 100% akibat kemalangan ketika menunaikan HAJI/UMRAH
  • Perlindungan BADAL Haji pelengkap Rukun.



Ada banyak lagi manfaat sekiranya anda memiliki Pelan Mabrur ini.Untuk keterangan lanjut,anda boleh email saya di nazri1106@gmail.com atau sila isi maklumat anda di BORANG MAKLUMAT PELANGGAN. Insya Allah, saya akan menmberi respon secepat mungkin.

Wednesday, February 20, 2013

KAD PERUBATAN TAKAFUL (ULTRA MEDIC RIDER)


Kad Perubatan Etiqa Takaful, apakah faedah yang anda akan perolehi?

Kad Perubatan Etiqa Takaful – Rahsia bagaimana membolehkan anda dapat memasuki wad (warded) di mana-mana hospital-hospital swasta ternama dengan 100% kos rawatan dibiayai oleh Etiqa Takaful.

TIADA CO-TAKAFUL!!!!!!!!


Apa yang saya akan saya kongsikan di laman ini ditujukan khas jika anda :-

  • Sukar untuk memasuki hospital-hospital kerajaan dengan kemudahan Kelas A.
  • Ingin mendapat layanan yang sepatutnya anda terima sebagai seorang pesakit.
  • Tidak ingin melalui saat yang menyiksakan akibat terpaksa menunggu (queue) yang terlalu lama untuk mendapatkan rawatan di hospital-hospital kerajaan.
  • Anda bekerja swasta dan ada kad perubatan yang disediakan oleh syarikat di tempat anda bekerja, tetapi menghadapi masalah kerana perlindungan yang dijamin bukan 100%. Ada setengah cover dan setengah lagi yang tidak cover?
  • Anda bekerja sendiri, sama ada kerja online atau offline dan selama ini terpaksa sendiri membayar kos rawatan hospital?
Jika Ya, anda boleh teruskan pembacaan di laman ini..


Apakah Kad Perubatan Etiqa Takaful ?

Kad perubatan Etiqa atau pun lebih dikenali dengan nama Ultra Medic Rider (UMR) merupakan  pelan perubatan premier takaful hospital dan pembedahan  yang membolehkan anda memasuki (warded) di hospital-hospital panel Etiqa (hospital swasta ternama) dengan segala kos rawatan akan ditanggung oleh Etiqa. 

Dengan adanya kad perubatan Etiqa ini, anda tidak perlu risau dengan kos perubatan yang melambung tinggi terutama sekali yang melibatkan pembedahan atau pun yang menyebabkan anda ditahan beminggu-minggu atau berbulan-bulan di hospital-hospital swasta ternama.

Apakah pilihan pelan Kad Perubatan Yang ditawarkan Etiqa kepada Anda ?
Kalau ikutkan keperluan, semua orang mahukan bilik/katil VIP di hospital swasta, tetapi kita perlu lihat kewangan yang ada…
Pihak Etiqa Takaful ada menyediakan 5 pelan Kad Perubatan yang ditawarkan (Pelan 1,2,3,4 dan Pelan5). Dari serendah-rendah pelan mampu milik hingga kepada pelan VIP.
Ini ringkasan pelan-pelan dalam kad Perubatan Etiqa :-

Pelan 1 – Katil RM100 sehari.Kebiasaan pesakit akan berkongsi 5 atau 6 katil dalam satu bilik
Pelan 2 – Katil RM200 sehari. Kebiasaan 4 atau 5 katil sebilik
Pelan 3 – Katil RM300 sehari. Kebiasaan 3 atau 4 katil sebilik
Pelan 4 – Katil RM400 sehari. Kebiasaan untuk 2 katil sebilik
Pelan 5 – Katil RM500 sehari. Ini bilik VIP, satu katil satu bilik.

Keterangan berkenaan pelan-pelan kad adalah seperti dalam jadual dibawah.