Wednesday, February 20, 2013

KAD PERUBATAN TAKAFUL (ULTRA MEDIC RIDER)


Kad Perubatan Etiqa Takaful, apakah faedah yang anda akan perolehi?

Kad Perubatan Etiqa Takaful – Rahsia bagaimana membolehkan anda dapat memasuki wad (warded) di mana-mana hospital-hospital swasta ternama dengan 100% kos rawatan dibiayai oleh Etiqa Takaful.

TIADA CO-TAKAFUL!!!!!!!!


Apa yang saya akan saya kongsikan di laman ini ditujukan khas jika anda :-

  • Sukar untuk memasuki hospital-hospital kerajaan dengan kemudahan Kelas A.
  • Ingin mendapat layanan yang sepatutnya anda terima sebagai seorang pesakit.
  • Tidak ingin melalui saat yang menyiksakan akibat terpaksa menunggu (queue) yang terlalu lama untuk mendapatkan rawatan di hospital-hospital kerajaan.
  • Anda bekerja swasta dan ada kad perubatan yang disediakan oleh syarikat di tempat anda bekerja, tetapi menghadapi masalah kerana perlindungan yang dijamin bukan 100%. Ada setengah cover dan setengah lagi yang tidak cover?
  • Anda bekerja sendiri, sama ada kerja online atau offline dan selama ini terpaksa sendiri membayar kos rawatan hospital?
Jika Ya, anda boleh teruskan pembacaan di laman ini..


Apakah Kad Perubatan Etiqa Takaful ?

Kad perubatan Etiqa atau pun lebih dikenali dengan nama Ultra Medic Rider (UMR) merupakan  pelan perubatan premier takaful hospital dan pembedahan  yang membolehkan anda memasuki (warded) di hospital-hospital panel Etiqa (hospital swasta ternama) dengan segala kos rawatan akan ditanggung oleh Etiqa. 

Dengan adanya kad perubatan Etiqa ini, anda tidak perlu risau dengan kos perubatan yang melambung tinggi terutama sekali yang melibatkan pembedahan atau pun yang menyebabkan anda ditahan beminggu-minggu atau berbulan-bulan di hospital-hospital swasta ternama.

Apakah pilihan pelan Kad Perubatan Yang ditawarkan Etiqa kepada Anda ?
Kalau ikutkan keperluan, semua orang mahukan bilik/katil VIP di hospital swasta, tetapi kita perlu lihat kewangan yang ada…
Pihak Etiqa Takaful ada menyediakan 5 pelan Kad Perubatan yang ditawarkan (Pelan 1,2,3,4 dan Pelan5). Dari serendah-rendah pelan mampu milik hingga kepada pelan VIP.
Ini ringkasan pelan-pelan dalam kad Perubatan Etiqa :-

Pelan 1 – Katil RM100 sehari.Kebiasaan pesakit akan berkongsi 5 atau 6 katil dalam satu bilik
Pelan 2 – Katil RM200 sehari. Kebiasaan 4 atau 5 katil sebilik
Pelan 3 – Katil RM300 sehari. Kebiasaan 3 atau 4 katil sebilik
Pelan 4 – Katil RM400 sehari. Kebiasaan untuk 2 katil sebilik
Pelan 5 – Katil RM500 sehari. Ini bilik VIP, satu katil satu bilik.

Keterangan berkenaan pelan-pelan kad adalah seperti dalam jadual dibawah.


Wednesday, October 10, 2012

PELAN KARISMA

Mulakan Perlindungan dan Simpanan Anda untuk Persedian Hari Esok

Saat-saat bahagia yang dilalui bersama sememangnya indah. Oleh itu, untuk mengekalkannya adalah penting untuk anda menyediakan perlindungan bagi diri dan juga keluarga tersayang daripada situasi tidak diduga. Persedian tersebut hanya boleh dikecapi sekiranya anda mempunyai simpanan yang teratur. Dengan pelan persediaan dan perlindungan yang teratur, anda bukan sahaja memberi jaminan masa depan untuk keluarga tersayang, malah turut melindungi mereka sekalipun anda telah tiada.
"Rata-rata rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan secukupnya. Malah, mereka tidak bersedia akan kepincangan kewangan sekiranya kehilangan pekerjaan atau diberhentikan. Menurut tinjauan terkini oleh Citi's Financial Quotient (Fin-Q) 2008, 12% daripada rakyat Malaysia memberitahu bahawa mereka tidak langsung menabung. Sekiranya seseorang kehilangan perkerjaan, tetapi dengan perbelanjaan tetap berterusan, seorang daripada lima responden menyatakan bahawa simpanan mereka hanya mampu bertahan selama empat minggu. Secara purata, rakyat Malaysia dilaporkan mempunyai peruntukan simpanan untuk 11 minggu"*
*Sumber: The Star, 19 February 2009




Perlindungan Menyeluruh dengan Manfaat Jangka Panjang

Karisma ialah pelan Takaful yang menyediakan perlindungan dan simpanan. Ia juga memberikan anda Pembayaran Tunai sehingga 10% daripada jumlah Asas Dilindungi yang akan dibayar setiap dua (2) tahun sepanjang tempoh pelan. Dengan perlindungan fleksibel untuk Peserta dan Orang Dilindungi, anda boleh memilih tempot perlindungan untuk 20 atau 30 tahun.



Sunday, July 1, 2012